Mengenai kami


Menyedari hakikat dan potensi perniagaan sarang burung ini, seorang anak muda yang berasal daripada Kedah, Mohd. Nazri Hood mengambil keputusan untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Berbekalkan pengalaman terlibat dalam perniagaan automotif, Mohd. Nazri tekad untuk menceburi bidang yang tidak banyak disertai oleh anak muda Bumiputera seperti dirinya.
“Segalanya bermula apabila saya melancong ke Sarawak dan Brunei, pada suatu hari seorang kawasan yang tinggal di sana memberi saya sup sarang burung untuk dimakan, kebetulan pula ketika ini saya dalam keadaan keletihan yang amat sangat.
” Entah macam mana, tidak beberapa lama kemudian saya berasa seperti ada satu kuasa yang masuk ke tubuh saya hingga menyebabkan semua keletihan itu hilang begitu saja, dari situ saya nekad untuk ‘berkongsi’ khasiat dan kemujaraban sarang burung ini kepada segenap lapisan masyarakat, terutama orang Melayu kita,” katanya.
Menurut Mohd. Nazri, sarang burung kaya dengan protein yang dapat membekalkan kalsium dan ion pada badan. Kandungan protein yang tinggi yang terdapat dalam sarang burung ini mudah diserap ke dalam badan dan sekaligus dapat melancarkan lagi peredaran darah. Katanya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sarang burung dapat membantu mengurangkan ketegangan pada tubuh badan serta membantu daya tahan melawan penyakit.
Selain itu, jelasnya, dengan memakan sarang burung ini, ianya dapat membantu meningkatkan peredaran darah, melegakan batuk-batuk, asma dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status memakan sarang burung yang diproses oleh orang Islam, Imam Masjid Negara, Mahadi Dahlan memberitahu, isu tersebut ada dibincangkan oleh Panel Kajian Syariah yang bersidang pada Ogos 2008.
” Panel memutuskan hukumnya adalah harus dan boleh dimakan tetapi janganlah pula mencampurkannya dengan bahan-bahan larangan yang lain seperti alkohol.
” Dalam fuqaha Syafiee dan Hanabilah ada menyatakan bahawa kesan lebihan yang diminum atau dimakan oleh semua haiwan sama ada kuda, baghal, himar, binatang buas yang boleh di makan atau tidak, adalah bersih dan halal,” katanya yang juga melihat potensi perniagaan sarang burung iniDalam pada itu, Mohd. Nazri berkata, setelah meneliti permintaan yang cukup tinggi dari dalam dan luar negara, beliau bersama-sama beberapa rakan kongsinya menubuhkan Syarikat Budidaya Burung Trading, khusus untuk membekal, memproses dan menjual sarang burung yang diambil dari Gua Niah, Sarawak.
” Dari segi harga, sarang burung mentah yang belum diproses kami jual pada harga sekitar RM2,800 hingga RM3,800 satu kilogram dengan pesanan minimum sebanyak 10 kilogram.
” Bagi mereka yang hanya ingin membeli dalam jumlah yang sedikit, iaitu sekitar 500 gram sebagai contoh, kami boleh menawarkan harga yang lebih kompetitif,” katanya.


0 Responses