Sarang Burung Dari Gua Niah

Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu.
Di Sabah Gua Gemungtung. Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.
Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae.
Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud berkaki lembik ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar serta mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.
Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau dan kawasan hutan.
Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.
Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti) dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan.
Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.
0 Responses