Kebaikan Sarang Burung

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:


• Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah serta memperbaiki saluran pencernaan.


• Sarang burung walit dapat mengurangi kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.


• Pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.


• Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.


• Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.


• Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.


• Merupakan makanan yang baik kepada para perokok, serta mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin.

Sarang Burung Dari Gua Niah

Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu.
Di Sabah Gua Gemungtung. Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.
Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae.
Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud berkaki lembik ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar serta mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.
Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau dan kawasan hutan.
Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.
Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti) dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan.
Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.

Mengenai kami


Menyedari hakikat dan potensi perniagaan sarang burung ini, seorang anak muda yang berasal daripada Kedah, Mohd. Nazri Hood mengambil keputusan untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Berbekalkan pengalaman terlibat dalam perniagaan automotif, Mohd. Nazri tekad untuk menceburi bidang yang tidak banyak disertai oleh anak muda Bumiputera seperti dirinya.
“Segalanya bermula apabila saya melancong ke Sarawak dan Brunei, pada suatu hari seorang kawasan yang tinggal di sana memberi saya sup sarang burung untuk dimakan, kebetulan pula ketika ini saya dalam keadaan keletihan yang amat sangat.
” Entah macam mana, tidak beberapa lama kemudian saya berasa seperti ada satu kuasa yang masuk ke tubuh saya hingga menyebabkan semua keletihan itu hilang begitu saja, dari situ saya nekad untuk ‘berkongsi’ khasiat dan kemujaraban sarang burung ini kepada segenap lapisan masyarakat, terutama orang Melayu kita,” katanya.
Menurut Mohd. Nazri, sarang burung kaya dengan protein yang dapat membekalkan kalsium dan ion pada badan. Kandungan protein yang tinggi yang terdapat dalam sarang burung ini mudah diserap ke dalam badan dan sekaligus dapat melancarkan lagi peredaran darah. Katanya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sarang burung dapat membantu mengurangkan ketegangan pada tubuh badan serta membantu daya tahan melawan penyakit.
Selain itu, jelasnya, dengan memakan sarang burung ini, ianya dapat membantu meningkatkan peredaran darah, melegakan batuk-batuk, asma dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status memakan sarang burung yang diproses oleh orang Islam, Imam Masjid Negara, Mahadi Dahlan memberitahu, isu tersebut ada dibincangkan oleh Panel Kajian Syariah yang bersidang pada Ogos 2008.
” Panel memutuskan hukumnya adalah harus dan boleh dimakan tetapi janganlah pula mencampurkannya dengan bahan-bahan larangan yang lain seperti alkohol.
” Dalam fuqaha Syafiee dan Hanabilah ada menyatakan bahawa kesan lebihan yang diminum atau dimakan oleh semua haiwan sama ada kuda, baghal, himar, binatang buas yang boleh di makan atau tidak, adalah bersih dan halal,” katanya yang juga melihat potensi perniagaan sarang burung iniDalam pada itu, Mohd. Nazri berkata, setelah meneliti permintaan yang cukup tinggi dari dalam dan luar negara, beliau bersama-sama beberapa rakan kongsinya menubuhkan Syarikat Budidaya Burung Trading, khusus untuk membekal, memproses dan menjual sarang burung yang diambil dari Gua Niah, Sarawak.
” Dari segi harga, sarang burung mentah yang belum diproses kami jual pada harga sekitar RM2,800 hingga RM3,800 satu kilogram dengan pesanan minimum sebanyak 10 kilogram.
” Bagi mereka yang hanya ingin membeli dalam jumlah yang sedikit, iaitu sekitar 500 gram sebagai contoh, kami boleh menawarkan harga yang lebih kompetitif,” katanya.


hukum sarang burung

memakan gingsing sarang burung layang-layang adalah harus, apakah hukumnya memakan sup sarang burung layang-layang dan juga menternaknya untuk tujuan perniagaan.
Memakan sarang burung layang-layang yang telah dibersihkan daripada najis adalah harus dan menternaknya untuk tujuan perniagaan juga harus.
Adakah air liur yang diambil dari sarang burung layang-layang yang banyak digunakan sebagai ubat-ubatan termasuk ubat batuk yang dijual di farmasi Cina halal?Adakah ubat batuk sarang burung halal?
Harus memakan ubat yang mengandungi sarang burung. Ini bertepatan dengan keputusan panel syariah
Assalamualaikum wbt. Saya ingin tahu kedudukan memakan sarang burung dan mengusahakan atau melabur dalam perusahaan ini. Semoga jawapan tuan dapat menghilangkan keraguan dan didahului ucapan terima k
Harus menternak, melabur dan memakan sarang burung.
pemakanan yang berkaitan dengan sarang burung layan-layan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut: "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus" .
Assalamualaikum, Adakah sarang burung halal untuk dimakan oleh umat Islam?
Wa'alaikumussalam w.b.t. Panel kurang jelas mengenai soalan yang dikemukakan oleh anda. Walau bagaimanapun jika anda maksudkan soalan ini dengan memakan sarang burung layang-layang maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut: "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus"
saya nak tanya sikit tentang penternakan burung layang2.adakah untuk menjalankan industri ini haram hukumnya.kerana sarang burung ini di hasilkan melalui air liurnya dan hasil dari sarang burung ini
Harus menternak burung layang-layang untuk perniagaan manakala sarangnya halal dimakan setelah dibersihkan dari najis.
apakah hukum makan gengsing sarang burung layang-layang.
Harus hukumnya.

Bird's nest



Bird Nest from Gua Niah(Buy,Sell,Supply,Process & Export)





  1. Assalamualaikum,kami dari Syarikat Budi Daya Burung Trading adalah pemborong dari Sarawak yang mengalu-alukan usahawan bumiputra yang ingin berkecimpung dalam perniagaan sarang burung.Kami juga mengalu-alukan pengedar untuk pasaran ke luar negara dan dalam negara,dengan harga yang sangat memuaskan.Kami menyediakan pelbagai jenis Sarang Burung,Contoh nya seperti:(kuning emas,putih,merah dan yang belum diproses).Sarang burung yang belum diproses,kami juga menjual dengan harga langsam iaitu RM3800'' 1 kg.Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut..0175380003 atau 0173123036(encik muhammad).Terima kasih.Salam ''1 malaysia''.


bird's nest from gua niah(buy,sell,supply,process and export)